Nasional

Bersatu hati, depani pandemik bersama – Raja Muda Perlis

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak seluruh rakyat supaya sama-samalah bersatu hati dalam mendepani pandemik Covid-19 yang masih membelenggu kehidupan.

Titah baginda, sikap mengutamakan kepentingan ramai dengan sentiasa jujur dalam mengamalkan segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab amatlah penting agar segala yang dirancang dalam mengurangkan kesan penularan dapat dicapai.

“Setiap daripada kita tidak kira sama ada pemimpin ataupun rakyat sudah pasti mempunyai peranan masing-masing dalam menjayakan hasrat bersama iaitu mengekang penularan wabak,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Menurut baginda, sedar tidak sedar, sudah 15 bulan negara malaksanakan pelbagai perintah kawalan dan sekatan, dan kita masih memerlukan kerjasama semua untuk terus melipatgandakan usaha dalam menjayakan inisiatif demi kesejahteraan bersama.

Kunci kepada kejayaan segala yang dilaksanakan ini adalah kerjasama dan komitmen tinggi daripada semua termasuklah mempertingkatkan jumlah mereka yang divaksin sebagai langkah pencegahan dan imuniti sosial.


Di kesempatan itu, Tuanku Raja Muda turut merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda pada 7 Jun.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button