Nasionalpilihan

Lelaki ditahan menyamar polis, ada uniform dan kad kuasa

SEORANG lelaki ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis di kawasan deretan rumah kedai berhampiran Taman TTDI Grove, Kajang pada 16 Oktober lalu.

Kejadian pada mulanya berlaku kira-kira pukul 2.29 pagi akibat perselisihan faham antara dua pihak mengenai isu hutang sewa rumah.

Perselisihan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai yang berada di lokasi kejadian dan dalam masa sama, seorang daripada suspek yang terlibat telah mengaku dirinya anggota polis.

Bagaimanapun, seorang lagi individu yang terlibat dengan kejadian itu berasa curiga dengan suspek dan menghubungi polis untuk hadir ke lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaan anggota polis peronda yang hadir di tempat kejadian telah menahan saspek serta mengesahkan saspek bukan anggota polis dan hanya menggunakan kad kuasa polis palsu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, siasatan lanjut terhadap suspek akhirnya membawa kepada rampasan barangan suspek antaranya sepasang baju operasi polis tertera nama saspek, kasut, tali pinggang dan (1) unit gari selain kad kuasa polis yang dirampas.

“Saspek kini ditahan reman sehingga 22 Oktober depan bagi membantu siasatan untuk mengetahui sama ada saspek telibat di dalam kes-kes menyamar polis sebelum ini,” katanya.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung dengan kejadian ini diharap dapat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi mana-mana balai polis yang terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Hairul Anuar Suhaimi di talian 012-3043034. -SM

(Visited 379 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button