fbpx
Politik

Berdiam Diri Atau Saran UMNO Kemukakan Usul Undi Percaya Kepada Menteri Besar Johor!

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk meluluskan belanjawan negeri bagi tahun 2021 bakal berakhir.

Namun yang menjadi buah mulut peminat dunia politik, adakah di Johor akan berlaku drama yang sama seperti di Perak?

Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Salahuddin Ayub, isu keabsahan sesebuah kerajaan mula menjadi perhatian rakyat.

Beliau juga berpendapat penting untuk rakyat melihat kerajaan yang ada di peringkat persekutuan mahu pun negeri memiliki keabsahan itu atau sebaliknya.


“Saya merasakan adalah elok sekiranya Umno mengemukakan usul undi percaya kepada kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

“Hal ini adalah untuk membuktikan adakah kerajaan negeri ini benar-benar dapat bertahan dan bermaruah untuk terus mentadbir negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Salahudin berkata demikian mengulas drama kejatuhan kepimpinan Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu apabila gagal perolehi sokongan majoriti wakil rakyat di DUN.

DUN Johor pula ketika ini terdiri daripada UMNO (14), DAP (14), Bersatu (11), Amanah (9), PKR (5), MIC (2) dan PAS (1).

Adun Bersatu Kempas, Osman Sapian turut membayangkan apa yang sudah terjadi di Perak tidak mustahil boleh berlaku di Johor.

Faktanya, Umno dan Bersatu telah menjadi anggota gabungan yang sama yang membentuk kerajaan persekutuan dan negeri selama lapan bulan.

Namun sebaik sahaja Ahmad Faizal yang juga merupakan timbalan presiden Bersatu digulingkan, sudah tentu ia mengguris perasaan majoriti ahli parti tersebut.

“Kalau ikutkan, boleh jadi balas dendam dengan melakukan perbuatan sama dilakukan wakil rakyat Bersatu kepada menteri besar daripada Umno.

“Namun segalanya terserah kepada keputusan kepimpinan parti sama ada di peringkat pusat dan negeri yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

(Visited 471 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button