Nasional

Bela diri atau dilepaskan dan dibebaskan esok

NASIB Presiden UMNO dan juga merupakan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan ditentukan oleh keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang dibicarakan atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan Hakim Collin Lawrence Sequerah dijadualkan disampaikan esok di penghujung kes pendakwaan pada pukul 9.30 pagi.

Sekiranya mahkamah mendapati kes prima facie terhadap Ahmad Zahid dan keputusan mahkamah berpihak kepada barisan pendakwaan maka tertuduh akan dipanggil membela diri.

Jika keputusan esok adalah sebaliknya maka Ahmad Zahid akan dilepaskan dan dibebaskan.

Untuk rekod, pada 6 Disember tahun lepas, Hakim Sequerah menetapkan esok, 24 Januari 2022 bagi menyampaikan keputusan di penghujung kes pendakwaan selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.


Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran manakala pasukan pembelaan terdiri daripada peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Hamidi Mohd Noh.

Pada 19 Mac, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 99 saksi, termasuk bekas pegawai khas Zahid, Wan Ahmad Wan Omar, rakan kongsi firma guaman Lewis & Co B. Muralidharan, pengurup wang Omar Ali Abdullah dan bekas setiausaha eksekutif Zahid, Mazlina Mazlan @ Ramly.

Perbicaraan bermula pada 18 Nov 2019.

Zahid, 68, mengaku tidak bersalah terhadap 12 tuduhan CBT, lapan tuduhan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Selain itu, beliau turut berdepan 40 tuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam menerima rasuah daripada sebuah syarikat berhubung sistem visa luar negara. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button