Rencah Hidup

Bekas MB Terengganu Wan Mokhtar meninggal dunia

Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 88 dilaporkan meninggal dunia 6.30 pagi ini di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Perkara itu dimaklumkan oleh bekas  Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir  Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga bekas Menteri Besar Terengganu ke-14.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Salam takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Terengganu, YBhg. Dato’ Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar bin Ahmad, yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Beberapa hari lalu saya sekeluarga sempat menziarahi beliau,” kata Ahmad Razif.

Sementara itu anak Allahyargam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar memaklumkan jenazah ayahnya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas Zohor.

Beliau berkata, jenazah kemudian akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam selepas itu.

Allahyarham Wan Mokhtar menjadi Menteri Besar Terengganu dari tahun 1974 hingga 1999. Beliau juga merupakan bekas Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 2000 hingga 2005.-SM

(Visited 781 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button