NegeriRencah Hidup

D’Kenduri House Mata Ayer tunggu penggemar lauk kenduri

KALAU sebut lauk kenduri, masing-masing akan menelan air liur membayangkan lauk enak sambil menyebut “siapalah nak panggil jemput kalau bukan musimnya”. Realitinya tiada siapa yang tidak suka hidangan lauk kenduri. Ramai penggemarnya.

Bagaimanapun setiap daerah dan tempat ada “identiti” lauk kenduri masing-masing.

Hariza dan pembantu sibuk melayan pelanggan D’Kenduri House di Kampung Simpang Geti, Mata Ayer dekat Arau, Perlis.

Di Perlis umpamanya, lauk kenduri yang wajib ada tentulah kurma daging, gulai rebung daging, pajeri nanas dan kerabu taugeh.

Cuma sejak katering mengambilalih memasak lauk kenduri berbanding dengan gotong-royong orang kampung pada zaman dahulu maka muncul pelbagai lauk kenduri baharu sesuai dengan selera semasa.

Idea ini kemudiannya menjadi inspirasi kepada Hariza Abdul Rashid, 50, untuk membuka “D’Kenduri House” di Kampung Simpang Geti, Mata Ayer dekat Arau, Perlis.

Hariza menunjukkan jeruk maman antara 20 jenis lauk di D’Kenduri House di Kampung Simpang Geti, Mata Ayer dekat Arau, Perlis.

Jadi tidak hairanlah apabila kunjungan Suara Merdeka ke D’Kenduri House memang “rambang mata” ketika memilih lauk pauk yang disediakan.

Lebih penting setiap lauk yang disajikan kekal dengan ramuan asal dan kekal dengan harga “Rahmah”.

Selain mengekalkan lauk kenduri zaman dulu dan sekarang, Hariza juga menambahkan sejenis makanan warisan Perlis iaitu “jeruk maman”.

Bagi orang luar Perlis boleh mencuba jeruk maman ini yang sukar didapati di kedai makan kerana biasanya dibuat sendiri oleh surirumah tetapi ia ada D’Kenduri House.

Hariza berkata, setiap hari beliau menyediakan 20 menu untuk dinikmati oleh pelanggan.

“Antara lauk lain yang tetap ada di tempat kenduri seperti gulai nangka, rebung masak lemak cili api, daging masak hitam, sambal paru dan tempe selain keli dan ayam goreng,” katanya yang baharu memulakan perniagaan sejak 16 Mei lalu.

Kata Hariza, dia sengaja meletakkan kain batik sebagai “sapra” (alas meja) bagi menampakkan elemen majlis kenduri.

Menu D’Kenduri House di Kampung Simpang Geti, Mata Ayer dekat Arau, Perlis menunggu peminat lauk kenduri.

“Ada juga di satu sudut di mana pelanggan boleh makan secara bersimpuh atau bersila,” katanya.

Pada masa depan beliau bercadang meletakkan bunyian “gendang keling” yang menjadi identiti muzik pada majlis kenduri kahwin di Perlis.

Beliau juga menggalakkan pelanggan yang ingin “tapau” supaya terus whatsapp atau hubunginya di talian 017-404 3665 bersesuaian dengan tagline “order awai tak kalut” dan boleh lawati D’Kenduri House di Facebook (FB).

Hariza membuka perniagaannya mulai 10.30 pagi hingga 3 petang dan tutup setiap Jumaat.

Selain menikmati makanan di sini, pelanggan juga boleh mendapatkan ketupat palas sejuk beku kerana Hariza juga selama ini terkenal kerana mengusahakan “D’Ketupat House”. – SM

BACA Empat pelajar UniMAP memasak untuk Promosi Masakan Perlis di Luang Prabang, Laos

BACA Siti Sarah dipanggil bodoh kerana masak lauk guna dakwat sotong

(Visited 357 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button