Negeri

Bekalan air di Lembah Kelang disalur secara berperingkat mula esok

Bekalan air akan disalurkan secara kerperingkat kepada pengguna yang terjejas di Lembah Kelang bermula 5 petang esok setelah sistem bekalan air distabilkan.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), kerja-kerja penyenggaraan aset utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) bermula pukul 9 pagi tadi dan dijangka siap pukul 11 malam ini.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam, Sabtu ini,” katanya dalam kenyataan.

Bantuan air alternatif disediakan melalui lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian.

Penggguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebanyak 998 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berjadual, dijangka selama empat hari bermula hari ini.

Gangguan melibatkan kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas LRA SSP1.-SM

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button