NasionalNegeri

Pertandingan North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition 2022 di Bukit Keteri sengit

PERSAINGAN sengit melibatkan 68 peserta dari dalam dan luar negara pada pertandingan North Wall 1.0 – Rock Climbing Competition 2022’ di Bukit Keteri selama dua hari berakhir petang semalam.

Dalam keputusan itu, Chai Sze Wai dan Kok Jia Yu diumumkan sebagai juara kategori ’Mixed Team’ dalam pertandingan anjuran HerMission House Extreme Sport Club dan HerMission House Sdn Bhd.

Sementara Ahmad Kamil Mazlan dan Ammar Faiz Abdul Taib (Men’s Team) dan Chai Sze Wei (Women) pula mengungguli juara dalam kategori masing-masing.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Najaa Abdul Wahab dan Andrian Mohd Yusof (Mixed Team), Amir Farhan Azmi dan Gan Shih Chau (Men’s Team) dan Tai Chew Yee (Women).

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang utama disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut menyampaikan hadiah pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah tersebut ialah puteri kedua Baginda, Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan Exco Kerajaan Negeri, Asmaiza Ahmad.

Menurut Pengarah HerMission Sdn. Bhd, Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa, seramai 68 peserta mewakili 34 buah pasukan dari seluruh negara mengambil bahagian termasuklah para pendaki dari Perancis, Kanada, Poland, Romania dan Thailand.

Beliau juga berterima kasih kepada pasukan teknikal pertandingan dari Persatuan Mendaki Negeri Perlis (Pendaki Perlis) serta para penaja utama iaitu The North Face, Crux Particle, GoPro, Persatuan Mendaki Negeri Kedah, Studio Potret, Rock UniMAP, Delta Rovers, Wonderwall dan Hyper Hold.

Bukit Keteri merupakan destinasi “rock climbing” terkenal dan pernah didaki dan telah dipasang dengan ‘bolts’ pada 50 ‘climbing routes’ dari 5A hingga 8C oleh para pendaki tersohor dunia seperti mendiang David Lama, Reini Scherer, Anna Stohr dan Katharina Saurwein dari Austria, Cedric Lachat dan Christina Schmid dari Switzerland serta Juliane Wurm dari Jerman.

Difahamkan, kalangan pendaki meletakkan Gua Keteri, Perlis antara lokasi memanjat yang paling sukar setakat ini. – SM

(Visited 510 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button