fbpx
Nasional

Beberapa orang maut, sekurang-kurangnya 9 cedera dalam kejadian tembakan di California

BEBERAPA orang terbunuh dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain cedera dalam kejadian tembakan di tenggara Fresno, California memetik media tempatan pada Isnin lapor agensi berita Sputnik.

Pegawai polis Bill Dooley memberitahu akhbar Fresno Bee sekurang-kurangnya sembilan orang cedera dan beberapa lagi maut dalam kejadian berdarah itu.

“Polis tiba di lokasi kejadian – menemui beberapa mayat di kawasan belakang sebuah rumah. Kami tidak mendedahkan jumlah sebenar korban,” kata Dooley.

Maklumat mengenai penyerang belum diperoleh, kata Dooley sambil menambah suspek tidak dikenali melepaskan tembakan dan kemudian melarikan diri.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika majlis perjumpaan keluarga sedang diadakan.– BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button