Nasional

Projek pembinaan rumah keluarga ATM dihentikan langgar SOP

Lembaga Pembangunan Industri Binaan (CIDB) terus memantau tapak-tapak pembinaan bagi mengekang penularan wabak pandemik Covid-19.

Semalam tiga lagi tapak pembinaan telah diarahkan tutup iaitu dua di Melaka dan satu di Johor.

Di Johor, CIDB mengarahkan tapak bina yang menjalankan projek pembinaan rumah keluarga angkatan tentera dihentikan kerana didapati tidak patuh senarai semak Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan.

Syraikat terbabit juga melakukan kesalahan rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tindakan itu diambil dalam Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Johor di sekitar Daerah Johor Bahru yang telah memeriksa sebanyak 19 tapak. Operasi itu mendapati 15 tapak tidak beroperasi. Daripada empat tapak yang beroperasi satu tidak patuh prosedur operasi stadard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Sementara itu dua tapak pembinaan di Melaka telah diarahkan untuk menghentikan kerja kerana beroperasi tanpa kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangnsa dan Industri (MITI).

Tapak pembinaan tersebut membabitkan projek pembinaan galeri jualan serta rumah kedai dan projek pembinaan bangunan perniagaan setinggi lima tingkat.

Penguatkuasaan CIDB Melaka mengarahkan kerja dihentikan kerana ketidakpatuhan terhadap senarai semak SOP MKN COVID-19, Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) bagi sektor pembinaan.

Syarikat terbabit juga melakukan kesalahan berkaitan rumah penginapan pekerja yang disediakan tiada kelulusan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), gagal mempamerkan ikrar akujanji CIDB, gagal menyediakan penyelia dan pegawai COVID-19.

Syarikat terbabit turut melakukan kesalahan jumlah pekerja di tapak bina melebihi 60 peratus yang dibenarkan, gagal menyediakan senarai pekerja kontraktor utama, sub kontraktor yang terlibat, saringan suhu dan rekod tidak dilaksanakan di pintu masuk tapak bina dan gagal menyediakan QR kod imbas aplikasi mySejahtera.

Kedua-dua tapat tersebut antara yang diperiksa dalam Operasi Penguatkuasaan PKP 3.0 CIDB Negeri Melaka di sekitar Daerah Melaka Tengah. Bilangan tapak bina yang diperiksa adalah sebanyak 16 tapak dengan 14 tapak didapati tidak beroperasi.

Sehingga kini sebanyak 157 tapak pembinaan diarah tutup sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu, berikutan kegagalan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, sebanyak 2,807 tapak pembinaan telah diperiksa oleh CIDB. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 542 (19%) tapak pembinaan didapati beroperasi, manakala sebanyak 2,265 (81%) tidak beroperasi.

Daripada 542 tapak yang beroperasi didapati 157 tapak pembinaan (29%) tidak mematuhi SOP, manakala 385 (71%) tapak lagi mematuhi SOP. Kesemua 157 tapak pembinaan tidak mematuhi SOP berkenaan telah diarah tutup serta merta.

Bagaimanapun 20 daripada tapak pembinaan yang diarah tutup telah pun dibenarkan dibuka semula, selepas mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Daripada 157 tapak pembinaan yang ditutup sebanyak 49 terletak di Sarawak, di Selangor (29 tapak pembinaan), Melaka (14), Pulau Pinang (10), Sabah (11), Johor (8), Terengganu (6), Pahang (6), Perak (6), Kuala Lumpur (5), Negeri Sembilan (5), Kedah (3), Perlis (3) dan Kelantan (2).

Manakala 20 yang dibuka semula selepas didapati mematuhi SOP terletak di negeri Selangor (6), Melaka (5), Terengganu (4), Johor (2), Kuala Lumpur (1), Sarawak (1) dan Kedah (1).-SM

 

 

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button