Sukan

Dua pesilat wanita negara tepati ke separuh akhir

Dua daripada empat pesilat wanita negara melangkah dengan bergaya ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada saingan suku akhir Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.

Pemenang pingat emas pada Kejohanan Antarabangsa Terbuka Sultan di Uzbekistan 2020, Nur Syazerra Hidayah Idris memulakan langkah kemenangan apabila mudah mengetepikan saingan Jovelyn G. Valles dari Filipina bagi kelas B dengan keputusan 38-10.

Pada saingan separuh akhir Sabtu ini, dia yang berasal dari Keningau, Sabah akan berdepan pesilat dari Vietnam, Nguyen Thi Mai Lan yang melepasi peringkat suku akhir mudah menjinakkan Tara Talay dari Jerman dengan keputusan 44–1.

Sejurus selepas itu, rentak kemenangan dikuti oleh pemenang pingat perak Kejuaraan Asia Yaniji, China pada 2019, Nor Farrah Mazlan yang mudah menjinakkan Komal Dhiman dari India bagi kelas A apabila mencatat keputusan 44-2.

Di separuh akhir nanti, pesilat berusia 24 tahun berasal dari Kota Belud, Sabah akan berdepan Firdao Duromae dari Thailand yang turut mudah mengetepikan saingan Angeline A. Virina dengan catatan 44-19 di suku akhir.


Bagaimanapun, dua pesilat negara yang kecundang ialah Zulaika Razaman tunduk kepada pesilat dari Filipina, Hanna Mae F. Ibutnande dengan keputusan 17-30 bagi kelas C.

Turut mengikut jejak langkah itu ialah Hanna Soleha Saleem yang gagal menyaingi Kewarin Boonme apabila tunduk dengan keputusan 16-27 bagi kelas E. – SM

(Visited 43 times, 2 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button