Agama

Bayaran zakat fitrah Perlis kekal RM7

Kadar zakat fitrah bagi negeri Perlis kekal ditetapkan RM7 pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sejak 2016.

Penetapan kadar itu selaras dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang mengekalkan kadar fitrah pada tahun ini berdasarkan kepada harga beras yang lazimnya digunakan oleh masyarakat.

Bagi Umat Islam yang menunaikan Zakat Fitrah dengan beras, maka kadar pengeluaran ialah sebanyak Satu Gantang Nabawi seorang bersamaan 2.6 kilogram.

Demikian menurut sebaran media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena Majlis Rukyah Hilal Ramadan 1442H anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs yang dilaksanakan di Tapak Cerapan Hilal Negeri Perlis, Kompleks Masjid Al-Hussain Kuala Perlis dekat sini.

Turut mengiringi baginda, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Puteri Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Dalam pada itu, sebaran media berkenaan turut mengingatkan setiap orang Islam yang tinggal di dalam Negeri Perlis berkaitan kewajipan mengeluarkan fitrah sepertimana yang ditetapkan itu bagi dirinya dan anak isterinya, begitu juga bagi tanggungan-tanggungannya.

Umat Islam boleh mengeluarkan zakat
fitrah melalui amil-amil kariah di seluruh negeri Perlis serta turut boleh menunaikannya melalui dalam talian melalui pautan https://www.maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php atau melalui aplikasi SnapNpay.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.maips.gov.my .

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button