Uncategorized

Bas ekspres langgar pokok di Jalan Lipis-Merapoh: 3 termasuk pemandu maut

SEORANG anggota bomba antara tiga yang maut selepas bas ekspres terbabas dan melanggar pokok di Kilometer 81, Jalan Lipis-Merapoh di Kampung Kubang Rusa, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.50 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Syukri Mat Noor, 55, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Kelantan.

Dua lagi mangsa yang maut ialah pemandu bas ekspress berkenaan, Ab Aziz Daud, 63, dari Kampung Lalang Luas, Machang, Kelantan dan buruh binaan, Hossain Kamal, 41, warga Bangladesh.

Pemandu kedua bas, Che Bukhari Che Mat, 39, dari Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, pula patah kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian, bas ekspres dua tingkat itu dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menuju ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu ketika melalui selekoh, bas itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan.

“Akibatnya, ketiga-tiga mangsa maut di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, selain Che Bukhari, enam lagi penumpang juga mengalami kecederaan.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang, katanya.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – SM

BACA Lori ‘sauk’ motor polis serta kenderaan lain, dua maut dan tujuh cedera!
BACA Anwar beri sumbangan kepada anak sulung mangsa kemalangan maut 6 beranak

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button