Uncategorized

Agong berkenan terima Darjah Kerabat Perak

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (DK).

Darjah kebesaran itu dipersembahkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu istiadat di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara.

Pada istiadat yang sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Nazrin.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Istiadat turut disaksikan Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Panglima Raja Pahang Tengku Amir Nasser.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

— BERNAMA

(Visited 177 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button