NasionalUncategorized

Penguatkuasa, ‘runner’ ditahan minta wang perlindungan

SEORANG penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama seorang ‘runner’ ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana disyaki meminta rasuah berjumlah RM4,000.

Menurut sumber, kedua-dua mereka meminta wang tersebut daripada seorang peniaga makanan.

“Pada 15 jun lalu, sepasukan penguatkuasa PBT telah memeriksa dan menyita kedai makan di sebuah apartmen di ibu negara kerana kesalahan tiada lesen perniagaan yang sah dan menggaji pekerja asing.

“Susulan itu, pada 18 Jun, seorang ‘runner’ telah datang dan berjumpa dengan peniaga kedai makan tersebut serta meminta wang rasuah RM4000 sebagai balasan agar tidak dikenakan tindakan.

>BACA Sindiket edar biskut perisa ganja tumpas

“‘Runner’ tersebut juga meminta wang perlindungan berjumlah RM500 secara bulanan supaya kedai makan tersebut tidak diganggu dan tidak diambil tindakan undang undang oleh pihak PBT,” katanya.

Jelas sumber, susulan daripada itu, ‘runner’ yang berusia 36 tahun itu telah ditahan kira-kira pukul 7.45 malam semalam di sebuah gerai makan di ibu negara.

Ujarnya, penguatkuasa PBT yang berusia 39 tahun itu pula ditahan ketika hadir ke Ibu pejabat SPRMM Kuala Lumpur untuk memberi keterangan kira-kira pukul 5.30 petang tadi.

>BACA Pemandu didakwa mabuk rempuh kedai roti canai

“Majistret Mahkamah Kuala Lumpur hari ini membenarkan tahanan reman terhadap ‘runner’ tersebut selama lima hari bermula hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut. -SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button