fbpx
Nasional

Baru Bian akui Trans Borneo pemangkin ekonomi Sabah, Sarawak

PROJEK Lebuhraya Trans Borneo sepanjang 165 kilometer (km) menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Kalimantan Timur yang dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui akan memacu pertumbuhan ekonomi kedua-dua buah negeri.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata antara fasa terpenting projek itu adalah pakej bernilai RM600 juta bagi Jalan Kalabakan-Serudong sepanjang 40km di Tawau dan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan serta kuarters perumahan kerajaan yang bersempadan dengan Kalimantan.

“Kita sedia maklum bahawa Indonesia akan memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur dan hasil pertemuan saya dengan Presiden Jokowi pada September lepas, saya dimaklumkan proses pembangunan akan bermula pada tahun depan sebelum berpindah secara berperingkat pada 2024,” katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Penghargaan Media KKR dan Anugerah Media CIDB 2019, di sini malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata Kementerian Kerja Raya sentiasa mengambil kira setiap pembinaan lebuh raya khususnya melibatkan kawasan hutan yang menjadi habitat kepada hidupan liar.

Baru berkata dalam dasar kementerian membangunkan infrastruktur di seluruh negara, kementerian itu mengambil berat tentang isu persekitaran selain mendengar taklimat daripada badan bukan kerajaan. – BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button