NasionalNegeri

UMAM di Perlis tawar lima pengajian Doktor Falsafah

Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) di Perlis kini menawarkan lima program pengajian peringkat Doktor Falsafah iaitu Teknologi Maklumat, Pengajian Islam, Pendidikan, Pengurusan Perniagaan dan Sains Sosial.

Selain menumpukan dalam bidang penyelidikan, penelitian dan kajian akademik, UMAM turut mensasarkan pelaksanaan program sosial dan komuniti untuk manfaat umat sejagat dalam mendokong hasrat mewujudkan komuniti seimbang serta mempertingkatkan peranan universiti dalam memberikan impak kepada masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat sudut pameran semasa berangkat di Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

Untuk rekod, UMAM di Perlis, Malaysia merupakan kampus Universitas Muhammadiyah yang pertama beroperasi di luar negara Indonesia hasil daripada kerjasama strategik antara Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Pimpinan Pusat Muhammadiyah Indonesia.

Demikian dipersembah maklumkan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail oleh Naib Canselor UMAM, Profesor Ir. Dr. Waluyo Adi Siswanto baru-baru ini.

Keberangkatan Tuanku Syed Faizuddin Putra ke Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar adalah bersempena Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat universiti itu.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berbual dengan pengurusan UMAM semasa berangkat ke Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

Baginda diiring oleb Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda juga dipersembah maklum mengenai fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekitar universiti tersebut selain perkembangan terkini pengambilan pelajar kohot 1 bagi sidang akademik yang akan datang.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan tandatangan buku pelawat UMAM semasa berangkat di Persidangan MAIPs Bilangan ke-6 bagi tahun 2023 di Bilik Mesyuarat, Kampus UMAM di Wisma MAIPs, Kompleks Desa Siswa Uniciti Alam, Padang Besar.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang begitu memberikan tumpuan kepada aspek pendidikan dalam negeri ini turut mengalu-alukan para pelajar UMAM ke Perlis yang dijangkakan seramai 150 orang di peringkat Pasca-Siswazah pada setiap semester. – SM

BACA Raja Muda rasmi penubuhan Universiti Muhammadiyah Malaysia (UMAM) pertama di Perlis

BACA Universiti Muhammadiyah Malaysia disambut baik di Perlis- Pemangku Raja

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button