Luar Negara

Bapa sanggup bekukan anak dalam peti sejuk

Seorang bapa berumur 30 tahun sanggup bekukan anak yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk rumahnya kerana tiada wang untuk menguruskan kos pengebumian bayinya itu.

Bapa sanggup bekukan anak dalam peti sejuk

Kejadian tersebut berlaku di Celedug, Kota Tengerang Banten, Indonesia, menurut maklumat bayi malang itu meninggal dalam kandungan ibunya ketika dilahirkan pada usia lapan bulan di sebuah pusat rawatan pada 2 Julai lalu.

Selepas dilahirkan, lelaki berkenaan membawa pulang bayinya untuk urusan pengebumian sementara bahkan dia sempat membacakan surah Yasin untuk anaknya itu, kemudian bertindak menyimpan si kecil ke dalam peti sejuk selama dua hari kerana mahu menyelesaikan urusan sijil pemergian anaknya.

Selepas perkara tersebut terbongkar oleh penduduk kampung, pihak berkuasa tiba di kediaman lelaki itu, ditemukan bayi tersebut dalam keadaan beku.

Menurut penduduk kampung, mereka suami isteri baru sahaja berpindah ke daerah tersebut dan belum melaporkan mereka sudahpun berpindah kepada rukun tetangga.

Walaubagaimanapun, urusan pengebumian sudah pun selamat diselesaikan pada 4 Julai lalu.Seorang bapa berumur 30 tahun sanggup bekukan anak yang baru dilahirkan di dalam peti sejuk rumahnya kerana tiada wang untuk menguruskan kos pengebumian bayinya itu.

Kejadian tersebut berlaku di Celedug, Kota Tengerang Banten, Indonesia, menurut maklumat bayi malang itu meninggal dalam kandungan ibunya ketika dilahirkan pada usia lapan bulan di sebuah pusat rawatan pada 2 Julai lalu.

Selepas dilahirkan, lelaki berkenaan membawa pulang bayinya untuk urusan pengebumian sementara bahkan dia sempat membacakan surah Yasin untuk anaknya itu, kemudian bertindak menyimpan si kecil ke dalam peti sejuk selama dua hari kerana mahu menyelesaikan urusan sijil pemergian anaknya.

Selepas perkara tersebut terbongkar oleh penduduk kampung, pihak berkuasa tiba di kediaman lelaki itu, ditemukan bayi tersebut dalam keadaan beku.

Menurut penduduk kampung, mereka suami isteri baru sahaja berpindah ke daerah tersebut dan belum melaporkan mereka sudahpun berpindah kepada rukun tetangga.

Walaubagaimanapun, urusan pengebumian sudah pun selamat diselesaikan pada 4 Julai lalu.

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button