BanjirBencana alam

Banjir: Bapa lemas, anak hilang di Pahang

BANJIR di Pahang mengorbankan mangsa pertama selepas seorang bapa hanyut di bawa arus deras ketika melintasi kawasan banjir berhampiran Sungai Puas di Kampung Gintong kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Mangsa Zulkarnain Hitam, 58, merupakan seorang kakitangan Pejabat Hutan Jerantut.

Seorang anak mangsa, Ukai Iskandar Zulkarnain, 23, masih hilang selepas dibawa arus deras Sungai Puas.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika mangsa bersama tiga anaknya dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Perdana ke sebuah rumah di Kampong Sokti di sini.

Katanya, apabila sampai kira-kira dua kilometer dari rumah kampung mereka, mangsa bersama tiga orang anaknya meletakkan kenderaan di Kampung Gintong dan berjalan kaki susulan jalan ditenggelami air banjir.


“Apabila sampai di lokasi kejadian mangsa tiba-tiba hanyut dibawa arus air sebelum dua orang anak mangsa berjaya mencari mangsa yang lemas.

“Tidak lama kemudian mangsa dan dua orang anaknya berjaya dibawa naik oleh orang kampung, manakala anak  mangsa yang hanyut gagal ditemukan,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat yang ditangguhkan pada pukul 3.30 pagi semalam diteruskan lagi pada pukul 8 pagi ini.-SM

(Visited 190 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button