Nasional

Bakar kawan kerana RM50

POLIS menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang penganggur disimbah petrol dan dibakar sehingga mengalami lecur tahap dua dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Lendu di sini pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata lelaki berusia 23 tahun itu yang juga rakan mangsa, ditahan di Taman Dimensi Lendu di sini, kira-kira 1.25 pagi tadi.

“Lelaki berkenaan mengaku berada di tempat kejadian bersama suspek utama dan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya suspek yang didapati positif dadah jenis methamphetamine itu juga mempunyai tujuh rekod lampau melibatkan kes dadah dan samun.

Katanya motif kejadian dipercayai berkaitan hutang RM50 yang dipinjamkan oleh suspek utama kepada mangsa.


Gerakan mengesan suspek utama berusia 29 tahun tersebut yang juga rakan mangsa, giat dijalankan dan kes disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Semalam, media melaporkan seorang lelaki berusia 23 tahun melecur tahap dua selepas dipercayai dibakar oleh rakannya dalam kejadian kira-kira 5 petang 9 Mac lepas. – BERNAMA

(Visited 100 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button