Nasional

Lagi pencemaran air, kali ini di Kampung Baru Balakong pula

KES pencemaran air di Selangor sudah mejadi ibarat acara bulanan pula apabila satu lagi kes pencemaran di kesan di alur sungai Kampung Baru Balakong, Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan daripada seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar Selangor pada semalam.

“Pengadu telah buat pemeriksaan di kawasan tersebut dan mendapati terdapat minyak hitam yang terapung dikesan di atas permukaan alur air dari kawasan perumahan ke sungai.

lacur

“Pengadu juga mengesyaki perbuatan tersebut mempunyai unsur sabotaj,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fadzil, pihaknya telah ke lokasi kejadian bersama tiga agensi lain iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Indah Water Konsurtium (IWK).

Jelasnya, beberapa sampel minyak bercampur air diambil untuk diuji kandungan tersebut untuk tujuan siasatan dan pendakwaan kelak.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 430 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fadzil berata pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi pengkuatkuasaan berkenaan air pada 20 Oktober lalu.

Tambahnya, hasil mesyuarat, kesemua pihak bersetuju menjalankan siasatan dan tindakan bersepadu bagi memastikan penguatkuasaan, siasatan dan pendakwaan dapat dibuat secara total demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Selangor.

Untuk rekod, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata untuk tahun ini sahaja, operasi loji Rawatan Air (LRA) Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas sebanyak enam kali tahun ini angkara kes pencemaran sungai.

Jelasnya, insiden itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual sehingga menjejaskan 1.2 juta akaun pengguna di Lembah Klang. -SM

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button