Politik

Apa rasional jenamakan semula Kampung Cina kepada China Town-Shahrulufti Sharif

PENJENAMAAN semula Kampung Cina kepada China Town menarik perhatian Ketua Penerangan Parti Putra Malaysia (PUTRA), Shahrulufti Sharif sehingga mendorong beliau mempersoalkan, adakah Bahasa Melayu gagal menarik pelancong datang ke negara ini.

Menzahirkan rasa terkejutnya dengan cadangan EXCO Terengganu untuk menjenamakan semula Kampung Cina kepada China Town, Shahrulufti Sharif juga berasa kecewa dengan cadangan tersebut.

Shahrulufti  dalam kenyataannya hari ini berkata, langkah itu merupakan satu langkah yang tidak sensitive.

Pada pandangan Shahrulufti, tindakan itu juga dianggap oleh beliau sebagai satu tindakan yang tidak menghormati warisan dan identiti penduduk tempatan yang telah lama menetap di kawasan tersebut.

Kata Shahrulufti, tindakan menjenamakan semula itu turut dilihat seolah-olah ingin menghapuskan sejarah dan budaya Tanah Melayu.

“Bahasa Melayu mengeratkan perpaduan masyarakat. Ia memupuk semangat patriotik, menyemai perpaduan antara kaum, mempelajari kesilapan masa dahulu, menghargai budaya dan warisan negara, memelihara kedaulatan negara, dan memahami lanskap politik negara

“Saya menyeru EXCO Terengganu untuk menarik balik cadangan beliau dan berunding dengan penduduk tempatan sebelum membuat sebarang perubahan nama di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, Exco Terengganu itu juga perlu memahami bahawa perubahan nama kawasan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira pendapat dan perasaan mereka yang terlibat.

“Anda juga perlu mempertimbangkan kesan perubahan nama kawasan terhadap imej dan tarikan pelancongan negara kita.

“Saya berharap anda akan bertindak secara bijaksana dan bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal negeri anda,” ujar beliau.

Shahrulufti berkata, janganlah warisan dan perpaduan masyarakat dikorbankan demi kepentingan politik atau ekonomi sendiri.

Seperkara lagi, Shahrulufti menekankan bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini.

“Akan tetapi, kita sebagai rakyat Malaysia juga menghormati dan mengiktiraf kepelbagaian bahasa dan budaya yang ada di Malaysia.

“Janganlah anda melupakan nilai-nilai ini yang telah menjadi asas pembinaan negara kita,” selar Shahrulufti. – SM

BACA Isu warganegara China: DAP P.Pinang buat laporan polis terhadap UMNO

(Visited 72 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button