Analisis

Apa nasib Anwar selepas PRN Johor?

PERTAMA sudah tentu DAP akan mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal memberi impak kepada pilihan raya negeri Johor yang baharu selesai dengan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang bergaya dengan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi.

DAP menang 11 kerusi, Perikatan Nasional tiga kerusi dan masing-masing Muda dan PKR menang satu kerusi.

PKR kali ini menggunakan lambang parti sendiri kerana berpendirian bahawa kekalahan di pilihan raya negeri Melaka kerana menggunakan lambang Pakatan Harapan (PH).

Selepas dua kali prestasi buruk dan beberapa pilihan raya kecil yang dihadapi oleh PH ketika Anwar diangkat sebagai ketua pembangkang, sudah tentu beliau perlu akur kepada desakan DAP untuk beliau meletakkan jawatan itu.

Selain itu DAP dan Anwar juga terpaksa menelan pahit keputusan PRN Johor bahawa masyarakat sudah tidak menganggap beliau sebagai insan istimewa dan kemenangan pada pilihan raya umum yang lalu adalah kerana faktor Tun Dr. Mahathir Mohamad yang membawa sokongan majoriti Melayu.

PKR sebelum ini yakin mereka akan dapat mengekalkan sokongan pengundi Cina dan pada yang sama akan mampu menarik majoriti pengundi Melayu jika menggunakan lambang parti sendiri.

(Visited 2,185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button