Nasional

Annuar alu-alukan Kit Siang saman

Tan Sri Annuar Musa mengalu-alukan Tan Sri Lim Kit Siang yang mahu menyaman beliau berkaitan ucapan di Bachok, Kelantan.

“Jika benar, saya bersedia dan mengalu alukan tindakan tersebut dan YB TS LKS boleh kemukakan bahagian mana dari ucapan saya yang menyalahi mana mana undang undang.Silakan.

“Saya akan mengarahkan peguam saya untuk mengambil langkah sewajarnya mengikut jalur undang undang,” kata Annuar.

Menurut Annuar, ini satu peluang untuk beliau memberi maklumat yg lebih banyak dan lebih terperinci mengenai dasar perjuangan dan tindakan Kit Siang dan DAP dalam perjuangan politik beliau dan impak kepada suasana politik tanah air.

Sebelum ini Kit Siang dilaporkan akan menyaman Annuar kerana mengaitkan beliau dengan tragedi pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969.

(Visited 176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button