AgamaNasional

Rasmus Paludan biadap bakar Al-Quran, harus diambil tindakan

PUTRA dan umat Islam Malaysia serta Dunia Islam meletus dalam kemarahan dan kebimbangan selepas Sweden membenarkan seorang ahli politik perkauman berhaluan kanan, Rasmus Paludan membakar senaskhah kitab suci Al-Quran di hadapan bangunan kedutaan Turkiye di Stockholm.

Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif dalam satu kenyataannya hari ini mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji dan biadap terhadap kitab suci umat Islam di Sweden walaupun amaran diberi oleh umat Islam berulang kali sebelum ini.

“PUTRA  menyifatkan perbuatan terkutuk ini  sebagai jenayah paling buruk dan kurang ajar serta kebencian secara terang-terangan terhadap Islam.

“Jika dibiarkan tindakan anti-Islam ini yang menyasarkan umat Islam yang berjumlah 2 billion atas nama dan  kebebasan bersuara,  adalah tidak boleh diterima sama sekali,” katanya.

Kenyataan PUTRA juga berkata, perbuatan terkutuk ini wajib dikutuk oleh bukan Islam kerana ia mengundang tidak balas umat Islam kerana perbuatan menghina dan jenayah buruk ini akan dibalas oleh pihak yang tidak boleh mengawal diri. Ini kerana ia membabit kemulian satu-satu agama.

“Ertinya permusuhan yg biadap dan tindakan liar akan dibalas sedemikian juga. Umat Islam sentiasa bersabar namun umat islam dituduh pengganas dan Islamofobia.

“Perbuatan keji ini adalah satu lagi contoh. Tahap yang membimbangkan bahawa Islamofobia dan  gerakan perkauman serta diskriminasi telah berlaku dan ia di negara dan masyarakat yang dikatakan bertamadun, berpendidikan dan waras tetapi bertindak saperti orang gila hilang akal. Binatang saperti anjing jauh lebih mulia dari Rasmus Paludan,” ujar kenyataan PUTRA itu lagi.

Sweden patut diberi peringatan jangan kerana seekor binatang saperti Rasmus Paludan menyebabkan seantaro dunia bermusuhan kerana agama yang pasti ada tindak balasnya.

Insiden ini menyakitkan hati dan membangkitkan sentimen umat Islam di seluruh dunia dan menandakan provokasi serius yang disengajakan.

“Jika Kerajaan Sweden tidak mengambil tindakan tegas menghukum Rasmus Paludan yang melakukan perbuatan terkutuk ini, Kerajaan Malaysia didesak memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Sweden,” kata kenyataan PUTRA. – SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button