NasionalPendidikanpilihan

Pelajar MARA ke luar negara diingatkan tidak terpengaruh fahaman songsang

PELAJAR tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang melanjutkan pengajian di luar negara diingatkan agar tidak terpengaruh dengan fahaman songsang sehingga boleh mengganggu pengajian mereka.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ada sebahagian kecil pelajar didapati terpengaruh dengan ideologi kumpulan tertentu di luar negara hingga sanggup memburukkan negara.

“Saya nak ingatkan pelajar supaya jangan lupa asal-usul masing-masing, jangan terbawa-bawa dengan fahaman atau kumpulan anti-establishment (antikerajaan) yang kemudian memburukkan dan mengutuk negara sendiri.

“Kita minta kepada pelajar, ingat nasihat ini sebab kita bawa bendera negara, jangan sertai kumpulan tertentu yang mungkin kata mereka pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, perubahan iklim, masyarakat asal dan sebagainya, namun sebenarnya anti kerajaan.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang media selepas Majlis Pra Pelepasan Pelajar Tajaan MARA Ke Luar Negara di Kuala Lumpur hari ini. Foto: UKK KPLB

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun, Pengerusi MARA, Datuk Seri Azizah Mohd Dun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Setakat ini jelas Mahdzir, tidak ada laporan diterima berkaitan pembabitan pelajar tajaan MARA di dalam gerakan fahaman songsang di luar negara.

“Perkara ini tidak berlaku dalam kalangan pelajar MARA, hanya segelintir sahaja tetapi bukan di bawah MARA, yang perlu jadi keutamaan ialah usaha untuk menamatkan pengajian dengan cemerlang dan banggakan ibu bapa serta keluarga,” kata Mahdzir. – SM

Artikel berkaitan > 1,246 pelajar tajaan MARA ke luar negara mulai September ini

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button