Ekonomi

Anak syarikat tutup, tiada kakitangan Bank Rakyat diberhentikan

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat memperjelaskan berhubung penutupan operasi subsidiarinya iaitu Rakyat Holdings dan anak syarikat di bawah Rakyat Holdings iaitu Rakyat Travel, Rakyat Hartanah, Rakyat Asset Management, Rakyat Niaga dan Rakyat Facility Management.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Rakyat memaklumkan langkah itu sejajar dengan komitmen Bank Rakyat untuk memberi keutamaan dan fokus kepada perkhidmatan kewangan sahaja.

Berikutan itu juga, Bank Rakyat yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah memaklumkan bahawa tiada sebarang pemberhentian warga kerja dilakukan dan kesemua warga kerja subsidiari tersebut telah diserapkan untuk berkhidmat di Bank Rakyat bermula 15 Disember 2019 mengikut kelayakan serta kemahiran mereka.

Dari aspek kedudukan kewangan pula, sehingga berakhir 30 September 2019, Bank Rakyat mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.29 bilion iaitu peningkatan sebanyak 4% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan prestasi tersebut, Bank Rakyat yakin akan mengekalkan pencapaian yang baik seperti sebelum ini. Sehubungan dengan itu, pembayaran kadar dividen bagi tahun kewangan berakhir Disember 2019 dijangka akan dibayar dengan kadar yang kompetitif pada akhir suku pertama tahun 2020.

(Visited 408 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button