Ekonomi

Bank Rakyat mengumumkan dividen sebanyak 15 peratus

BANK Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM426.77 juta dan pembayaran dividen itu akan dilakukan mulai hari ini.

Bank Rakyat

Pengumuman dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan mengucapkan taniah kepada Bank Rakyat kerana masih mengekalkan prestasi kadas dividen berjumlah dua digit untuk tempoh 30 tahun.

“Bank Rakyat akan meneruskan sokongan terhadap mandat tahunan untuk ekosistem koperasi dengan menyumbang sebanyak 2.0 peratus daripada keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM33.57 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan satu peratus bersamaan RM16.78 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi.

“Jumlah sumbangan bagi 2022 adalah sebanyak RM50.35 juta,” katanya pada sidang media pengumuman dividen Bank Rakyat dan prestasi kewangan Kumpulan Bank Rakyat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, di sini, hari ini.

Sementara itu Pemangku Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, kumpulan Bank Rakyat merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lepas sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.63 bilion pada tahun sebelumnya.


“Pendapatan operasi Kumpulan meningkat sebanyak 3.42 peratus kepada RM5.9 bilion berbanding RM5.71 bilion sebelum ini didorong oleh pertumbuhan pembiayaan yang kukuh dalam segmen perbankan runcit dan perniagaan, serta dibantu oleh pergerakan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Nisbah kos kepada pendapatan yang sihat sebanyak 39.79%, iaitu lebih rendah daripada purata industri 44.20%”. Katanya.

Tambahnya lagi jumlah aset kumpulan meningkat sebanyak 1.98 peratus kepada RM117.33 bilion berbanding RM115.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Manakala, Pulangan atas Aset (ROA) meningkat kepada 1.45 peratus daripada 1.4 peratus, sejajar dengan aliran industri.

 

(Visited 346 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button