Ekonomi

AmInvest menang tiga anugerah di anugerah FSMOne Recommended Unit Trusts 2023/24

AmInvest merangkul tiga anugerah di majlis Anugerah FSMOne Recommended Unit Trusts 2023/24 (Anugerah) sebagai pengiktirafan kepada prestasi cemerlangnya yang konsisten mengatasi rakan setaranya dalam kategori-kategori di bawah tiga dana tersebut.

FSMOne ialah suatu platform pelaburan dalam talian yang mengagihkan unit amanah, saham, dana dagangan bursa, insurans, bon dan portfolio yang diuruskan.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd.

AmIncome Plus telah dipilih sebagai dana amanah saham yang disyorkan di bawah kategori Pendapatan Tetap – Malaysia (Jangka Pendek), manakala AmBond pula dipilih bagi kategori Pendapatan Tetap Teras – Malaysia.

Pada masa yang sama, dana Europe Equity Growth pula memenangi kategori Ekuiti Sub Wilayah – Eropah
untuk tahun kedua berturut-turut 1 .

Untuk layak memenangi Anugerah ini, dana-dana amanah saham dengan sekurang-kurangnya tiga tahun rekod prestasi (pada hujung Mac 2023) telah dinilai dengan ketat antara rakan setara dalam kategori yang sama.

Kaedah yang digunakan dalam penilaian dana adalah berdasarkan kombinasi faktor-faktor kuantitatif dan kualitatif.

Faktor-faktor kuantitatif yang dipertimbangkan adalah prestasi sejarah, risiko dan nisbah belanja.

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad, Goh Wee Peng, berkata: “Kami gembira dengan strategi pasukan pelaburan kami sepanjang tempoh penilaian tersebut, memberi tempoh portfolio wajaran tinggi bagi menghadapi perataan lengkung hasil yang agresif dan memberi wajaran tinggi kepada sekuriti kredit.

“Europe Equity Growth yang melabur dalam saham Eropah telah mendapat faedah
daripada laba pasaran saham Eropah.”

AmIncome Plus adalah sesuai untuk pelabur-pelabur dengan lingkungan pelaburan jangka pendek hingga sederhana yang ingin melaburkan bahagian tunai portfolio pelaburan mereka bagi memperolehi pendapatan tetap yang berpotensi dan pengekalan modal.

Dalam tempoh lima tahun yang lalu (pada Jun 2023), dana tersebut telah mencatatkan jumlah pulangan (ukuran prestasi dana merangkumi pengagihan pendapatan dan perolehan modal) sebanyak lebih kurang 18.25 peratus
dengan jumlah pulangan ditahunkan sekitar 3.41 peratus. – SM

(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button