Ekonomi

Perubahan lanskap kemanusiaan disebabkan Covid-19, pandemik kepada endemik

KAPTEN INDUSTRI ada jawapannya

PENGURUSAN Kesihatan berada dalam industrinya yang tersendiri yang mana dalam keadaan pandemik Covid-19, kata Pengerusi Eksekutif dan juga Pengasas Glocalmaster Sdn. Bhd., Prof. Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, perkara ini turut membabitkan aspek perkembangan pengurusan kesihatan.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 ialah satu cabaran perubahan mankind (kemanusiaan) yang impaknya kepada cara hidup, ekonomi, kesejahteraan psikologi dan paling penting cara manusia mendapat perawatan menyeluruh.

“Pertama, apakah norma baharu yang akan mengimpak kepada lanskap industri dan perkhidmatan kesihatan medical care services.

“Kedua, konsep impak kepada memenuhi SOP norma baharu ini, ia memfokus kepada mengkurangkan jangkitan, menjaga jarak fizial dan memakai topeng muka atau face mask. Ini merubah cara perkhidmatan perawatan,” kata Dr. Abu Hassan.

Katanya lagi, paling penting sekali, dengan ekonomi amat mencabar, ia melibatkan keperluan perubatan yang lebih mendadak dan prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan lebih kepada duduk di rumah dan tidak bergaul dan sosialisation dikurangkan menyebabkan perubahan dalam perkhidmatan ini.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai tetamu dalam segmen KAPTEN INDUSTRI yang disiarkan secara langsung penstriman di Facebook SUARA MERDEKA hari ini.

KAPTEN INDUSTRI masuk minggu ketiga, diperkenalkan kepada para penonton penstriman SUARA MERDEKA dengan antara matlamatnya, berkongsi pengalaman setiap tetamu jemputan dalam menerajui bidang perniagaan dan kepakaran masing-masing.

Menyentuh tentang Covid-19, Malaysia masih belum masuk endemik Covid-19. Dalam Industri Pengurusan Kesihatan, kata Dr. Abu Hassan, cara bagaimanakah bisnes dan perkhidmatan kesihatan dijalankan.

“Kita perlu faham keperluan pelanggan yang terkurung di rumah, tercabar psikologinya, kekurangan wang, banyak penyakit yang timbul disebabkan oleh impak Covid-19.

“Paling penting sekali, masih lagi memerlukan perkhidmatan dan rawatan serta produk-produk dan rawatan,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, untuk meneruskan perkhidmatan dan bisnes dalam suasana Covid-19 sebagai pandemik, kita berharap boleh ubah kepada endemik dan menerima hakikatnya, penyakit Covid ini ada dan manusia boleh hidup seperti biasa umpamanya denggi, HIV dan pelbagai lagi.

Menjawab soalan berapa lamakah masa diambil untuk perubahan pandemik kepada endemik Covid-19, Dr. Abu Hassan memberi pencerahan seperti berikut:

“Masalah pandemik Covid-19 ini satu kekeliruan atau masalah yang kefahamannya amat kurang dan seluruh dunia mengubah seperti satu pendulum.

“Ada yang asalnya lockdown, lepas tu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini semua menunjukkan kita cuba menyesuaikan atau adjustment ini mengambil masa dua tahun.

“Dan impaknya amatlah besar. Setiap keuntungan yang didapati dahulu sebelum 2020, terhapus dan hilang. Bahkan ada bisnes yang terpaksa ditutup.

“Kalau jangkamasa pandemik itu sudah dua tahun, sekarang ini nak tukar atau convert kepada endemik ini, apakah ciri-cirinya.

“Jadi kita lihat sekarang, kalau ditanya jangka masanya, Kerajaan berharap di akhir tahun  ini kita boleh convert ke endemik.

“Maksudnya kalau ikutkan masa sekarang ini, dari bulan Ogos, September, Oktober, November dan Disember, ada lima bulan lagi.”

Beliau berkata lagi, boleh berbincang tentang apa ciri-cirinya tetapi bolehkah kita convert pandemik kepada endemik dalam lima bulan dan apakah kriterianya. – SM

(Visited 284 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button