Nasional

Amaran Lembah Klang cuara buruk petang ini

JABATAN Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan petang ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, di Selangor, antara kawasan dijangka terjejas adalah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol,” menurut agensi itu.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)


Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button