Nasionalpilihan

Aktiviti suria hasilkan pemandangan indah, Bob Hines rakam gambar aurora dari ISS!

WASHINGTON – Seorang angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS), Bob Hines merakamkan gambar aurora dari ISS baru-baru ini.

Aurora yang sangat luar biasa, menurut ciapan Hines dari Amerika Syarikat (AS) di Twitter.

“Terima kasih atas aktiviti suria baru-baru ini yang menghasilkan pemandangan indah ini!’,” ciapnya di Twitter.

Walaupun angkasawan di ISS dapat melihat pemandangan unik tentang fenomena itu, keajaiban alam semula jadi juga boleh disaksikan dari bumi seperti Alaska, Kanada, Iceland, Greenland, Norway, Sweden dan Finland. – Agensi

(Visited 30 times, 1 visits today)


Show More

Related Articles

Back to top button