Politik

Ahli Parlimen Muar sambung belajar di luar negara

AHLI Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahmah akan meninggalkan kawasan dan pengundinya selama sebulan untuk menghabiskan pengajiannya di luar negara.

Syed Saddiq ditawarkan biasiswa penuh bagi pengajian di Nasional Univercity of Singapore (NUS), Lee Kuan Yew School of Public Policy dan telah memulakan pengajian sejak September tahun lalu.

Katanya, pengajian sebelum ini dilakukan secara maya dan beliau perlu masuk ke kelas secara fizikal bagi menghabiskan pengajiaan tersebut.

“Saya bukan pergi bercuti tetapi untuk belajar. Saya harap pengajian saya dalam bidang “public policy” ini menjadikan saya sebagai ahli Parlimen dan penggubal dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia,” katanya.

Serentak itu Ahli Parlimen Muar itu memulangkan gaji bulan Mac selama sebulan untuk kegunaan Parlimen Muar.

Manurut Syed Saddiq beliau tidak layak untuk menggunakan wang gaji tersebut sedangkan masanya sebagai wakil rakyat digunakan untuk menyambung pelajaran.

“Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih Muar. Doakan perjalanan pergi pulang saya selamat,” katanya.-SM

 

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button