Nasional

Agong kurnia surat cara lantik 21 hakim

YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 21 hakim di Istana Negara.

Turut berangkat pada istiadat di Singgahsana Kecil Istana Negara itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai senarai penerima.

Ia diikuti Hakim Besar Malaya Zabidin Mohd Diah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nordin Hassan.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan surat cara kepada enam hakim Mahkamah Rayuan iaitu Azman Abdullah, Azimah Omar, Lim Chong Fong, Collin Lawrence Sequerah, Mohamed Zaini Mazlan dan Wong Kian Kheong.

Selain itu, 11 hakim Mahkamah Tinggi ialah Norsharidah Awang, Tee Geok Hock, Zaleha Rose Pandin, Alice Loke Yee Ching, Azhar Abdul Hamid, Arik Sanusi Yeop Johari, G Bhupindar Singh, Mahazan Mat Taib, Ahmad Murad Abdul Aziz, Liza Chan Sow Keng dan Wan Muhammad Amin Wan Yahya.

Turut hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat. – FMT – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button