Rencah Hidup

Adakah populariti beri kesan pada kehidupan Pavirtha dan Sugu?

NAMA S. Pavirtha dan M. Sugu hanya mula dikenali kira-kira dua bulan lalu apabila mereka mula diperkenalkan oleh media.

Sebuah saluran berita televisyen nasional mula-mula menyiarkan cerita mengenai YouTube milik pasangan itu yang mempunyai pengikut seramai 160,000 pada 9 Mei lepas.

Video yang dikongsi di YouTube ‘Sugu Pavirtha’ milik pasangan itu telah berjaya menambat hati rakyat Malaysia pelbagai kaum, agama dan umur.

Semuanya kerana ketulusan Pavirtha berkongsi resepi masakan kaum India. Masakan yang dikongsi mudah diikuti kerana penerangannya yang begitu jelas.

Malah keringkasan peralatan memasaknya yang menggunakan dapur gas biasa, periuk dan kuali biasa membuatkan audien dekat dengan cara Pavirtha.

Cara Pavitha bertutur dalam bahasa Melayu yang lancar dan bersahaja mmembuatkan video yang diterbitkan pasangan itu lebih menarik.

Dalam menerbitkan video S. Pavirtha menjadi hos manakala suaminya M. Sugu sebagai juruvideo. Mereka bukan sahaja suami isteri tetapi sebenarnya rakan kongsi yang sepatutnya turut berkongsi kejayaan.

Pasangan suami isteri itu dilihat bahagia dengan gurau senda di dalam video-video yang dikongsi di YouTube.

Kemudian, Pavithra dan Sugu mula mendapat pendapatan melalui video yang diterbitkan. Malah mereka berpindah ke rumah baru selepas Sugu mengambil keputusan untuk berhenti kerja di dalam estate dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk menerbitkan video masakan isterinya.

Namun hanya dalam tempoh dua bulan selepas didedahkan dengan pelbagai publisiti di media kehidupan mereka kini tidak lagi aman.

Semalam pasangan itu mengambil tindakan memadam semua video yang telah mendapat berjuta-juta tontonan itu.

Siapa yang tidak kenal ‘Sugu Pavirtha’? Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyampaikan hadian dan ucapan untuk mengalakkan pasangan itu terus mencetuskan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Wajah Pavirtha yang disolek dan menjadi penghias majalah mencetuskan sensasi. Dari wajah kampung muka Pavirtha setanding model apabila disolek.

Enam hari lalu Pavirtha diangkat sebagai Ikon Anak Bandaraya Ipoh. Anak kelahiran Buntong berusia 28 tahun itu menerima pengiktirafan itu selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat hampir 800,000 pengikut di YouTube.

Namun panas tidak sampai ke petang apabila dua hari lalu, Sugu didakwa di Mahkamah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Pavirtha.

Sugu turut didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya.

Kelmarin Pavithra menolak Anugarah Ikon Anak Bandaraya Ipoh.

“Kami memang tidak layak untuk mendapat gelaran ikon sebab ramai orang yang berbakat ada di luar sana dan ramai orang yang sudah cuba sedaya-upaya.

“Kami baru jadi youtubers dan kami tidaklah hebat sangat dan kami memang tak layak untuk jadi ikon Perak dan apa-apa lagi.

 

“Ada lagi yang ramai di luar sana, jangan pilih kami sebab ramai rakyat yang salah faham dan benda ini membuatkan orang ramai sakit hati,” katanya.

Semalam rakyat Malaysia terkejut apabila video di akaun milik Youtuber terkenal itu ‘hilang’ dan mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya yang berjumlah 785,000. Apa sudah jadi, tanya sebahagian rakyat Malaysia.

Apa yang pasti ramai yang tidak mahu kehilangan pasangan yang pernah memberi mereka inspirasi.

Siapa sangka pasangan biasa yang hidup dalam ladang estate boleh mencapai kejayaan dengan hanya berbekalkan bakat memasak, jujur berkongsi resepi dan sebuah telefon pintar biasa.

Namun Pavitha dan Sugu membuktikan sebaliknya. Siapa sahaja boleh berjaya asalkan berusaha dan menggunakan segala bakat yang mereka ada.

Adakah publisiti berlebihan menyebabkan kehidupan Pavirtha dan Sugu yang dahulunya bahagia kini terganggu?-SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button