Hiburan

Super Junior batal pelancaran single, hormat kematian Sulli

KUALA LUMPUR – Demi menghormati pemergian bintang K-Pop iaitu Sulli, kumpulan Super Junior sanggup menangguhkan pelancaran singleterbaharu mereka.

Perkara tersebut diumumkan menerusi laman web rasmi kumpulan yang sepatutnya melancarkan single yang bertajuk Time Slip.

Sulli yang merupakan bekas ahli kumpulan f(x) ditemui mati di kediamannya yang terletak di Seongnam, Korea Selatan, petang Isnin.

Beliau meninggal pada umur 25 tahun.

Polis kini melancarkan siasatan untuk mencari punca kematiannya yang didakwa bunuh diri.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button