Hiburan

Konsert Jiwa Kacau: Insomniacks, Masdo, Hujan & Bunkface bergabung pentas

Apabila menyebut nama-nama band seperti Masdo, Hujan dan Bunkface, kita sudah boleh bayangkan betapa luar biasanya sokongan para peminat mereka.

Bayangkan pula sokongan luar biasa daripada peminat band baharu seperti Insomniacks, sudah tentu ia juga memberikan impak yang tidak terduga.

Namun di manakah peminat muzik tanah air boleh melihat fenomena ini? Jawapannya adalah dalam Konsert Jiwa Kacau yang akan berlangsung pada 17 Jun 2023.

Perancangan Konsert Jiwa Kacau

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MND Sport & Event Sdn. Bhd., Harith Daniel, Konsert Jiwa Gila akan dianjurkan di Stadium Malawati, Shah Alam bermula 8 malam hingga 12 tengah malam.

“Apa yang menariknya, kita dapat lihat para peminat daripada empat buah band akan bergabung dan masing-masing juga (para band) nampaknya boleh berkongsi peminat.

“Biar pun baharu dalam industri ini, saya bersama MND Sport & Event Sdn. Bhd. tetap mahu membina satu fenomena untuk industri muzik,” katanya ketika ditemui dalam sidang media.

Keunikan Sepanjang Konsert

Konsert Jiwa Kacau memaparkan sebuah jalan cerita yang mengangkat perkembangan band-band tempatan daripada yang baharu sehinggalah yang lama.

Tiket Konsert Jiwa Kacau dijual dengan harga bermula dengan CAT 3 (RM75), CAT 2 dan General (RM165), CAT 1 (RM235),VIP (RM255) dan Meet & Greet Pass (RM488).

Jualan bakal dibuka bermula 24 Mac depan sekiranya ingin membuat tempahan, boleh layarai www.ticketasia.com

 

(Visited 850 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button