Tewaskan Thailand, Harimau Malaya hidupkan kembali peluang
BERJAYA menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, Harimau Malaya kembali menghidupkan peluang dalam persaingan pusingan kelayakan Piala Asia dan Piala Dunia 2022.
Ketinggalan 1-0 seawal minit ketujuh hasil jaringan Chanatip Songkrasin, pasukan negara bangkit menyamakan kedudukan melalui jaringan Brendan Gan menerusi leretan oleh Syamer Kutty pada minit ke-26.
Itu merupakan jaringan pertama Brendan untuk pasukan negara.
Pemain kelahiran Gambia, Mohamadou Sumareh memastikan Harimau Malaya kembali bernafas dalam saingan pusingan kelayakan ini melalui volley cantik di minit ke-56 hasil umpanan Brendan untuk memastikan Malaysia memungut mata penuh di Bukit Jalil.
Malaysia dijadualkan menentang Indonesia pada 19 November ini.- SM