Sukan

Kontrak Arif Aiman di JDT dilanjutkan

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melanjutkan kontrak bintang muda sensasi, Arif Aiman Mohd Hanapi.
Bagaimanapun, JDT menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini, tidak mendedahkan tempoh kontrak baharu pemain sayap berusia 21 tahun itu
“Kelab Bolasepak JDT dan Arif Aiman telah melanjutkan kontrak selepas musim 2023 yang mengagumkan, di mana pemain muda itu menjaringkan sebanyak 24 gol dan melakukan 19 bantuan jaringan,” menurut hantaran itu.
Menurut hantaran itu, Arif Aiman yang memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai pada musim 2021 dan 2022, melakukan debut dengan skuad senior pada Mac 2020.
Sebelum itu, Arif Aiman menyertai Akademi JDT pada 2018 sebelum dinaikkan pangkat daripada pasukan JDT IV, JDT III dan JDT II hingga ke skuad senior. – SM
(Visited 61 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button