Bola SepakSukan

MiLL2022 medan lahirkan bakat baharu bola sepak negara

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) komited melahirkan bakat baharu bola sepak negara menerusi penganjuran program khusus Liga Tunas Malaysia atau Malaysia Little League (MiLL) 2022 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Liga ini akan dijalankan secara berstruktur merangkumi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Sebanyak 2,940 pasukan dijangka menyertai MiLL2022 menerusi kategori B-16 (lelaki dan wanita) dan B-12 (lelaki sahaja).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di Stadium Mini Taman Pancarona hari ini.

Setiap daerah akan menampilkan 8 pasukan bagi setiap kategori yang dipertandingkan menggunakan format liga 2 kumpulan secara “round robbin”. Pemilihan 8 pasukan terbaik ini adalah berdasarkan ranking daripada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di mana juara setiap peringkat akan meneruskan cabaran sehinggalah ke peringkat kebangsaan.

Sebanyak RM1,046,600.00 jumlah hadiah keseluruhan ditawarkan di mana juara peringkat kebangsaan akan membawa pulang RM5,000.00. Liga dijadualkan bermula di peringkat daerah bermula Ogos dan dijangka berakhir di peringkat kebangsaan pada November 2022.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin di Stadium Mini Taman Pancarona hari ini.

Majlis Pelancaran MiLL2022 telah dirasmikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu di Stadium Mini Taman Pancarona hari ini.

Menurut Ahmad Faizal, MiLL2022 merupakan inisiatif baharu rentas kementerian dengan hasrat memupuk minat dan mengaktifkan komuniti akar umbi ke arah melahirkan masyarakat berbudaya sukan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan (Sporting Nation).

“Selain itu, ia juga merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu bola sepak negara seterusnya dijadikan “talent pool” terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah untuk digilap dan diasah seterusnya membawa cabaran Harimau Malaya satu hari nanti,” tambah beliau.

Artikel berkaitan > Makan bola, tidur bola

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button