UPSI, HAEVC bakal bangun modul persijilan profesional pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan generasi baru
UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terletak di dalam Automotive High Tech Valley (AHTV) di Proton City kini mengorak langkah untuk sama-sama terlibat dalam menjadikan AHTV sebagai hab industri automotif negara dan juga rantau ASEAN.
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata untuk mencapai hasrat tersebut, UPSI akan bekerjasama dengan Hunan Automotive Engineering Vocational College (HAEVC), China untuk membangunkan modul Persijilan Profesional dalam bidang Pengurusan dan Penyelenggaran Kenderaan Generasi Baru yang menjadi keperluan kritikal industri automotif negara, terutama di Wilayah AHTV, Proton City.
Beliau berkata pemilihan HAEVC sebagai rakan strategik UPSI adalah atas pengalaman dan kejayaan kolej antarabangsa tersebut dalam menyediakan ekosistem dan sumber tenaga kerja yang mampan dalam bidang pengurusan dan penyelenggaraan kenderaan generasi baru.
Katanya HAEVC beroperasi di Wilayah Hunan, China membina kerjasama dengan industri-industri besar seperti Geely, Tesla, Volvo, BMW, Porsche, SAIC GM, SAIC Volkswagen, Changan Ford, Bosch Automobile, BAIC, BYD.
“Melalui kerjasama dengan HAEVC ini, UPSI berhasrat untuk membangunkan dan melaksanakan modul-modul latihan yang memenuhi standard anatarabangsa bagi memenuhi keperluan bakal-bakal pekerja bidang automotive di wilayah AHTV, Proton City.
Beliau berkata kerjasama juga akan dilaksanakan untuk pembangunan bakat dan minat generasi muda di sekolah dan kolej-kolej vokasional dalam bidang automotif melalui penawaran kursus-kursus yang berkaitan serta penganjuran pertandiangan sukan permotoran serta inovasi konsep kedreaan generasi baru.
Sementara itu Timbalan Naib Chanselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Abdul Rahim Razalli berkata dalam pertemuan bersama dengan deligasi dari HAEVC berkata adalah menjadi cita-cita besar bagi warga UPSI untuk memastikan keberadaan UPSI dalam wilayah AHTV turut menjadi penyumbang kepada pembangunan industry automotif negara.
“Ini akan dapat direalisasikan apabila UPSI, melalui Fakulti Teknikal dan Vokasional dalam menyumbang pada pembangunan bakat dan latihan kemahiran berkaitan kenderaan generasi baru yang mendapat permintaan tinggi oleh pemain industry di wilayah AHTV.
Menurut Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Dr Mohd Azlan Mohammad Husain berkata kerjasama bersama HAEVC yang diwakili Zhou Jinzong, Liu Haihong, dan Peng Jin adalah salah satu usaha yang dijalankan untuk menambah rakan strategik bagi memastikan UPSI dapat menyediakan ekosistem dan sumber tenaga kerja yang mampan di Wilayah AHTV Proton City. -SM
Baca : Banjir gelombang kedua di Terengganu pulih sepenuhnya