albatros

Hanya Hang Zahid dan Hang Anwar mampu bangkit selepas ditikam Hang Mahathir

BERAPA ramai yang mati beragan selepas ditikam Hang Mahathir.

Mamak bendahara itu sengaja menikam sekali dan membiarkan musuhnya mati beragan dek bisa tikaman.

Ku Li akhirnya lenyap dari dunia politik selepas tumpas di kubu sendiri pada pilihan raya lalu.

Ku Li mencabar Mahathir sehingga UMNO berpecah-belah, tetapi akhirnya Ku Li terpaksa bubarkan parti diasasnya Semangat 46 dan kembali kepada UMNO.

Musa Hitam terus gelap masa hadapan politik beliau.

Anwar meringkuk di dalam penjara 11 tahun.

Namun Anwar bernasib baik mempunyai anak didik yang setia iaitu Zahid.

Hari ini Zahid akhirnya berjaya mengangkat cikgunya menjadi perdana menteri dan beliau menjadi timbalan.

Banyak kerja yang perlu dilakukan oleh mereka berdua. Membersihkan nama masing-masing, bukan dengan mengaisnya ke bawah tikar, semata-mata, tetapi perlu kelihatan benar-benar bersih pada pandangan majoriti rakyat Malaysia.

Hari ini Zahid mengetip kad perakam masa untuk masuk pejabat, pada masa yang sama bom jangka juga mula berdetik.

Jika Anwar dan Zahid gagal menangani pelbagai isu negara ini akan terhumban ke dalam jurang kebinasaan dan karier kedua-dua orang politik ini akan berakhir dengan keadaan yang sangat menyedihkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button