GajetUlasan

ACO Tech membawa Spotify ke dalam sistem operasi ATLAS

ACO Tech, baru-baru ini mengumumkan perkongsian baharu mereka bersama Spotify. Ia merupakan satu kerjasama yang akan menyaksikan perkhidmatan langganan penstriman audio paling terkenal di dunia itu tersedia dalam segmen pasaran kereta tempatan melalui penyepaduan dengan ATLAS, sistem operasi infotainment di dalam kereta yang dibangunkan oleh ACO Tech.

Dengan kerjasama ini, pengguna ATLAS akan dapat menikmati pengalaman audio dari aplikasi Spotify secara percuma dan premium semasa mereka memandu, melalui Unit Utama Infotainment (IHU) kenderaan mereka:

Pengguna juga boleh terus mengakses dengan lebih 82 juta trek audio dan melebihi 4 juta tajuk podcast yang tersedia dalam dari platform tersebut.

Hanya hantarkan kandungan yang sedang didengar pada telefon mudah alih melalui Spotify Connect ke IHU atau mainkannya terus dari IHU untuk menikmati pengalaman muzik yang lancar ke mana sahaja anda pergi.

“Saya amat berbangga dengan kemajuan mantap yang dicapai oleh pasukan kami dalam memperkenalkan gaya hidup terhubung manusia kepada masyarakat di Malaysia dengan lebih meluas melalui kerjasama jenama yang bermakna,”

“Bekerjasama dengan Spotify adalah pencapaian penting bagi ACO Tech kerana perkongsian ini bukan sahaja membantu kami untuk kekal berdaya  saing dalam industri mobiliti pintar malah ia juga memainkan peranan penting dalam memudahkan  rakyat Malaysia merasai kemungkinan teknologi kereta pintar dan terhubung,” kata Mr. Li Pu, Ketua  Pegawai Eksekutif ACO Tech Sdn. Bhd.

Dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan di Malaysia, ATLAS adalah sistem pengendalian infotainment dalam kenderaan yang disokong oleh aplikasi mudah alih percuma bernama ATLAS Auto dengan ciri yang mengutamakan mobiliti, kemudahan dan kawalan.

Direka khusus dengan mengambil kira pengalaman peribadi, kuasa sistem ini disesuaikan bagi memenuhi pelbagai permintaan dan pilihan gaya hidup rakyat Malaysia. Unit Utama Infotainment (IHU) ATLAS menggunakan Android 8.0 dan ke atas, dipra-muat dengan Spotify, akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia di dalam kenderaan PROTON. Aplikasi ini juga boleh dimuat turun melalui A Store. Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS dan Spotify, sila layari https://acotech.my/. –  SM

Kredit: EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button