Nasional

Kerajaan tidak akan teragak-agak rombak sistem elak ketirisan – Annuar Musa

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan bertindak untuk merombak sistem sedia ada jika masih berlaku kebocoran dan ketirisan penyelewengan minyak masak subsidi ke Thailand.

Bercakap dalam Program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di TV1 malam tadi,
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kerajaan memandang serius peruntukan subsidi sebanyak RM4
bilion untuk minyak masak telah disalahguna hingga berlaku penyelewengan yang akhirnya rakyat jiran
mendapat manfaat dan keuntungan.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia Bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengambil
langkah yang proaktif bagi mengekang kegiatan penyeludupan barang kawalan itu.

Menegaskan perkara tersebut beliau berkata, kerajaan tidak akan teragak-agak akan menarik balik kuota-kuota yang diberikan kepada pengilang, pengedar dan pembungkus jika sistem baharu
diperkenalkan nanti.

Jelasnya, jika sistem baharu diperkenalkan sudah pasti akan pihak yang bakal menutup operasi dalam
kalangan 22 kilang besar memproses minyak masak dan 300 pembungkus.

“Saya sudah minta kepada pengilang lebih bertimbang rasa dan jika mereka terus tidak bekerjasama
menghentikan penyeludupan dan menyalahguna minyak subsidi, kita akan memperakukan untuk merombak
semua sistem sedia.

“Kita tahu penyelewengan minyak masak bersubsidi boleh diatasi kerana ia dilakukan oleh mereka yang
mengaut keuntungan hingga menjadi kaya-raya dan ini satu bentuk penyelewengan yang besar.

“Saya telah minta pihak terbabit untuk memberi kerjasama sebab masalah yang timbul menyebabkan
rakyat ditimpa kesusahan. Kalau masalah minyak masak pun tidak boleh diselesaikan macam mana dengan
masalah lain yang lebih besar,” ujarnya.

Mengulas lanjut Annuar berkata, minyak masak di negara ini diseleweng serta dijual di Thailand
kerana harga yang murah iaitu RM2.50 bagi sekilogram berbanding RM9 sekilogram sebelum ini.

Di samping itu katanya, permintaan tinggi dan perbezaan harga yang ketara antara penyumbang utama
berlakunya ketirisan minyak masak subsidi ke negara itu.

Keadaan itu jelasnya, menyebabkan berlaku penyelewengan yang besar kerana minyak masak subsidi
dijual di negara jiran antara RM7 hingga RM8 sekilogram berbanding RM2.50 di negara ini.

“Sebab itu berlaku penyeludupan kerana mereka hendak untung yang tinggi. Justeru, saya minta kepada
semua pihak terlibat untuk membantu kerajaan menangani masalah tersebut,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button