Nasional

84 ditangkap ceroboh negara ikut ‘lorong tikus’

SERAMAI 84 individu pendatang tanpa izin ditahan pihak berkuasa apabila menceroboh masuk ke negara ini melalui ‘lorong tikus’.

Tindakan sedemikian dipercayai bagi menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam negara yang teruk dilanda pandemik Koronavirus (Covid-19).

[BACA] 1-3 Mei tarikh untuk yang terkandas di kampung pulang — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan kawalan keselamatan di sepanjang sempadan negara diperketatkan.

Menurutnya, tindakan pendatang tanpa izin membolosi sempadan negara boleh mendatangkan risiko kepada usaha negara membendung penularan Covid-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, seramai 84 individu telah ditangkap kerana mencerobohi negara ini melalui ‘lorong tikus’.

“Kerajaan sentiasa tegas dalam memastikan sempadan dan kedaulatan negara tidak dicerobohi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

[BACA] Selayang Baru, Gombak dikenakan PKPD sehingga 3 Mei — Suara Merdeka
[BACA] Apa bantuan untuk anak muda 18-20 tahun yang hilang pendapatan — Suara Merdeka

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 386 individu ditangkap akibat ingkar PKP selepas sebanyak 537,320 kenderaan dan 5,817 premis diperiksa Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Tentera (ATM).

Jumlah tangkapan menunjukkan penurunan ketara berbanding hari pertama PKP fasa ke tiga dilaksanakan pada Selasa minggu lepas.

“Seramai 649 individu juga dituduh di mahkamah semalam.58 individu yang dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah atas kesalahan ingkar PKP telah dihantar ke penjara sementara tersebut.

“Sebanyak 11 daripada 13 penjara sementara yang diwartakan sebagai pusat tahanan bagi mereka yang ingkar PKP telah mula beroperasi,” jelasnya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melanjutkan PKP sehingga 12 Mei bagi meneruskan usaha pembendungan pandemik Covid-19.

[BACA] Parlimen: Keutamaan adalah keselamatan – Takiyuddin — Suara Merdeka
[BACA] Penyelewengan bantuan: Wira Putra buat laporan polis — Suara Merdeka

Malah dalam perutusan khasnya pada Khamis lalu, beliau tidak menolak sekiranya PKP perlu dilanjutkan lagi selepas tamat pada tarikh berkenaan. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button