Nasional

Moratorium: Peminjam koperasi perlu penangguhan

KERAJAAN diminta mempertimbang bagi meluaskan tawaran penangguhan bayaran balik pinjaman daripada institusi selain bank seperti koperasi.

Tawaran tersebut bakal memberi manfaat kepada kakitangan awam yang membuat pinjaman dengan pelbagai koperasi berikutan penularan wabak Koronavirus (Covid-19).

Mereka dilihat terjejas dengan penularan wabak dan turut perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Tawaran tersebut juga disifatkan sebagai perlu seperti mana yang diberikan oleh Bank Negara (BNM) kepada peminjam di seluruh negara.

[BACA] Penangguhan bayaran enam bulan pinjaman secara automatik — Suara Merdeka
[BACA] Zahid pula gesa swasta bantu kerajaan tangani wabak korona — Suara Merdeka

Menurut Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi, pakej penangguhan daripada BNM banyak mendatangkan manfaat.

SAMSUDIN MOHAMAD FAUZI

“Bagaimanapun, tawaran berkenaan hanya untuk mereka yang meminjam dengan institusi berlesen di bawah BNM. Tetapi, tidak kepada kakitangan awam yang mempunyai pinjaman dengan badan-badan koperasi.

“Justeru, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Angkasa dan Jabatan Akauntan negara perlu bersikap adil dan bertimbangrasa kepada kakitangan awam yang turut terjejas.

“Langkah ini penting bagi mengelakkan kakitangan awam daripada meminjam wang dengan sindiket yang mengaku sebagai koperasi dan menjerat mereka dalam produk pinjaman Islamik tanpa lesen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[BACA] Covid-19: Kerajaan umum pakej rangsangan ekonomi lebih menyeluruh Jumaat ini — Suara Merdeka
[BACA] Perintah Kawalan Pergerakan dilanjut sehingga 14 April — Suara Merdeka

Dalam pada itu, beliau turut menyeru orang awam supaya berhati-hati dengan tawaran agensi tidak sah

Menurutnya, banyak agensi mengaku koperasi yang menawarkan pinjaman dalam situasi getir dihadapi negara sekarang.

Tambah Samsudin, tidak mustahil dalam situasi sekarang wujud agensi sedemikian yang mahu mengambil kesempatan terhadap masalah dihadapi orang ramai.

“Kakitangan awam dinasihat agar tidak meminjam daripada mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh BNM, Kementerian Peruhaman dan Kerajaan Tempatan dan SKM.

“Elakkan diri daripada menerima sebarang tawaran produk pinjaman kewangan sama ada konvensional mahupun islamik daripada pertubuhan tidak berlesen,” ujarnya.

Semalam, Suara Merdeka melaporkan BNM mengarahkan penangguhan selama enam bulan secara automatik ke atas semua pinjaman bank.

[BACA] Covid-19: Lebih 372,000 kes, 16,000 kematian di seluruh dunia- WHO
[BACA] Covid-19: Seorang lagi meninggal dunia, kematian bertambah 17 — Suara Merdeka

Bagaimanapun, tawaran itu terhad kepada semua bentuk pinjaman kecuali kad kredit bagi peminjam yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19.

Timbalan Gabenor Bank Pusat BNM, Jessica Chew berkata, langkah itu bagi meringankan aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana dan individu yang terkesan. – SM

(Visited 1,139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button