fbpx
Nasional

833 taska di rumah mula beroperasi selepas PKP

DIBUKA semula selepas tidak dapat beroperasi berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan oleh kerajaan demi membendung penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Hari ini menyaksikan 883 taska berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang beroperasi di rumah, kembali beroperasi.

Jangan gelojoh desak Tun M berundurMenteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri  Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah itu, 387 telah menjalani pemeriksaan JKM dan didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut Rina, antara SOP yang ditetapkan ialah ibu bapa ataupun penjaga harus memastikan anak mereka berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke taska.

Beliau berkata, setakat ini, pemeriksaan mendapati taska di rumah mematuhi pelaksanaan SOP terbabit.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Taska Afiqah Amniyah di Taman Arked, Dengkil, Selangor, hari ini.

Sebagai rekod, taska di rumah menempatkan kanak-kanak berusia empat tahun ke bawah dengan jumlah maksimum sembilan orang kanak-kanak bagi setiap premis.

Wajib jalani kursus 184 jam | Keluarga | Berita Harian

Sementara itu, Rina berkata, bagi mereka yang hilang pekerjaan ekoran pandemik COVID-19 dan menunjukkan minat untuk menjadi pengasuh kanak-kanak atau menjadi pengusaha taska, pihaknya amat menggalakkan.

“Mereka yang hilang pekerjaan semasa wabak COVID-19 melanda, menunjukkan minat untuk menjadi pengasuh atau pun pengusaha taska.

“Kita memang menggalakkan mereka yang berminat ini agar mengikuti Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (KAP).

“Kerajaan melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) meluluskan bayaran insentif KAP sebanyak RM900 bagi setiap peserta.

“Jadi, mereka yang berminat boleh memohon untuk mengikuti kursus KAP menerusi laman web JKM,” jelas beliau.

Untuk pengetahuan semua, kursus KAP terbuka kepada warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas, berminat bekerja dalam industri pengasuhan kanak-kanak.

Kursus ini juga terbuka kepada pengasuh taska yang belum menghadiri dan lulus KAP. – SUMBER BERNAMA-SM

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button