NasionalPolitik

Pas akan bincang dengan rakan-rakan dalam PN tawaran sertai Kerajaan Perpaduan

PAS akan bincang dengan rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) mengenia tawaran menyertai kerajaan perpaduan dengan rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) dalam waktu terdekat.

Pas juga akan melihat pandangan dan kesediaan rakyat terutama pengundi yang memberikan undi kepada mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebelum apa-apa keputusan dibuat.

“Pas mengucapkan terima kasih atas tawaran, …seterusnya dalam waktu terdekat akan membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan komponen dalam PN,” kata Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam kenyataan, hari ini.

Malam tadi, dalam sidang media pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak PN mendukung kerajaan perpaduan yang ditubuhkannya semalam.

Anwaru berkata, saranan itu dibuat bagi membolehkan sebuah kerajaan yang kukuh dapat mentadbir Malaysia.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Pas mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana kemelut kepimpinan negara pasca PRU15 tidak berterusan dan dapat diselesaikan dengan harmoni dan damai.

Katanya, Pas menerima dengan redha dan hati terbuka segala ketentuan Allah yang tentunya mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

“Pas menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas kebijaksanaan melaksanakan fungsi Baginda berdasarkan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang khususnya dalam soal perlantikan Perdana Menteri berdasarkan Perkara 40(2)(a) dan Perkara43(2)(a), Perlembagaan Persekutuan.

“Pas turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah diperkenan dan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-10.

“Pas yakin beliau akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik, adil dan ehsan serta turut mengutamakan konsep federalisme yang wajar kepada seluruh negeri-negeri dan rakyat jelata,” katanya. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button