KesihatanRencah Hidup

Kes Covid19 naik: Lebih ramai beli pelitup muka

Bilangan kes baharu Covid-19 meningkat 57.3% kepada 3,626 minggu lalu

Pembelian pelitup muka menunjukkan peningkatan susulan lonjakan jangkitan Covid-19 baru-baru ini, menurut pembuat produk penjagaan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Ideal Healthcare Haminuddin Hamid berkata, jualan pelitup muka meningkat banyak, dan orang ramai mungkin menyimpan stok memandangkan peningkatan kes jangkitan.

GAMBAR HIASAN

Beliau berkata, syarikatnya masih mampu menguruskan lonjakan permintaan itu dengan stok sedia ada, selain jualan kepada hospital kekal normal untuk tempoh biasa akhir tahun.

“Tetapi kami bersedia melonjakkan pengeluaran bila-bila masa. Kami telah merancang membawa masuk bahan mentah mencukupi bagi memenuhi permintaan, khususnya (untuk menghasilkan) pelitup muka pembedahan serta N95 untuk (sektor) kerajaan,” katanya.

Pada Ahad, kementerian kesihatan berkata, bilangan kes baharu Covid-19 meningkat 57.3% kepada 3,626 minggu lalu, berbanding 2,305 direkodkan minggu sebelumnya.

“Tetapi kami bersedia melonjakkan pengeluaran bila-bila masa. Kami telah merancang membawa masuk bahan mentah mencukupi bagi memenuhi permintaan, khususnya (untuk menghasilkan) pelitup muka pembedahan serta N95 untuk (sektor) kerajaan,” katanya.

Pada Ahad, kementerian kesihatan berkata bilangan kes baharu Covid-19 meningkat 57.3% kepada 3,626 minggu lalu, berbanding 2,305 direkodkan minggu sebelumnya.

“Kerajaan juga perlu memantau sebarang peningkatan jumlah kemasukan ke hospital serta kematian akibat Covid,” kata bekas Ahli Parlimen Gopeng itu.

Bagaimanapun, dengan 98% kes dilaporkan hanya menunjukkan gejala ringan, Lee berkata tiada keperluan untuk kerajaan mengenakan langkah pencegahan buat masa ini.

Sebaliknya, individu berisiko tinggi wajar mengambil langkah pencegahan sendiri dengan memakai pelitup muka serta menjaga kebersihan diri, katanya.

Lee berkata, Covid-19 seperti penyakit bermusim lain seperti influenza, dan akan menjadi “fenomena berterusan”.

Katanya, jumlah kes akan turun naik, manakala peningkatan kes akan membawa kepada imuniti kelompok, seterusnya membawa kepada penurunan kes.

BACA Pelitup muka pakai apabila perlu: Kes Covid-19 naik 2,428, 9 kematian

BACA Bimbang kes Covid-19 meningkat: Ubat-ubatan di farmasi amat berkurangan

(Visited 40 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button