Nasional

PM umum bantuan tunai RM10 bilion termasuk Bantuan Khas COVID-19

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan tunai berjumlah RM10 bilon ringgit sehingga hujung tahun ini.

Termasuk dalam bantuan tunai itu Bantuan Khas COVID-19 atau BKC kepada 11 juta isi rumah miskin tegar, B40, M40, warga tua dan bujang yang bernilai RM4.6 bilion.

Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos, RM500  pada
November dan RM300 pada bulan Disember.

Manakala individu bujang kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos dan RM300  pada bulan November.

Sementara isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM500 pada bulan Ogos dan RM300 pada bulan Disember. Manakala bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak RM200 pada bulan Ogos.

Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak RM250, manakala bujang kategori M40 akan menerima RM100 pada bulan Ogos nanti.

Muhyiddin turut mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan. Katanya mereka yang kehilangan pekerjaan akan mendapat RM500 pada Oktober ini.

“Akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

“Bantuan ini dijangka memanfaatkan sehingga 1 juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta,” katanya.

Selain itu Kerajaan bayaran tambahan bagi Bantuan Prihatin Rakyat tambahan RM500 akan dibuat secara berperingkat mulai esok.

BPR fasa ketiga dengan kadar bantuan antara RM100 hingga RM1,400 akan dibayar pada bulan September nanti.

Secara keseluruhannya, nilai BPR sehingga hujung tahun adalah RM4.9 bilion.

Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau Pemulih yang diumumkan Muhyiddin hari ini melibatkan peruntukan berjumlah RM150 bilion.-SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button